fbpx

Siapa AYULRHMN GAMING?

Jurugambar jadi ‘streamer’ demi biaya kos perubatan isteri RM10,000 sebulan

PETALING JAYA: Seorang jurugambar perkahwinan menjadikan hobi bermain permainan video dan menyiarkannya secara langsung di platform Facebook Gaming sebagai pendapatan utama bagi menampung kos perubatan isterinya yang mencecah RM10,000 sebulan.

Mohd Nazzrul Rahman Myrlizam yang lebih dikenali sebagai Ayul Rahman, 34, memperuntukkan lebih 80 jam sebulan di depan komputer demi Nurul Naquiah Saiful Anuar, 31, lebih mesra disapa Quya, yang menghidap “Pulmonary Hypertension”.

Ia adalah penyakit tekanan darah di mana saluran darah arteri pulmonari dan kapilari di paru-paru menjadi sempit, tersumbat atau rosak. Hanya 10 hingga 52 kes dalam sejuta orang.

Disebabkan ia penyakit jarang ditemui di Malaysia, ubat bagi merawat penyakit itu tiada dalam senarai ubat disubsidi kerajaan dan kos perubatan mencecah RM10,000 sebulan.

“Dulu, isteri kerap penat bila berjalan lama. Pernah suatu hari, ketika sedang bersiar-siar, isteri langsung tak boleh berjalan.

“Ingat isteri penat atau faktor saiz badan, tapi bila kerap sangat rasa penat, pening dan sukar bernafas, kami nekad berjumpa pakar dan beliau didiagnosis dengan penyakit ini.

Ayul Rahman menghabiskan kira-kira RM7,000 untuk membeli peralatan permainan video dan penstriman.

“Mula-mula bila dapat tahu, rasa sedih dan kecewa serta kerap bertanya kenapa kami yang diuji, sebab ketika itu dalam proses rawatan untuk mendapatkan zuriat,” katanya ketika ditemui FMT di kediamannya di Batu Caves, Selangor.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga selama 5 tahun tidak meneruskan rawatan mendapatkan anak atas nasihat doktor kerana bimbang perkembangan bayi dalam kandungan akan terjejas.https://8b39da619b169c6bcd8e81b58bd6e4f6.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Ayul berkata, keutamaannya ketika ini ialah membeli ubat Quya dan baki wang akan digunakan untuk membeli barang keperluan.

Quya berkata, 2 jenis ubat jantung yang diperlukannya berharga RM300 sebiji dan sejenis lagi ubat berharga RM40 yang keseluruhannya mencecah RM10,000 sebulan.

“Baru-baru ini, kita jumpa pakar dan berdasarkan keadaan saya sekarang, kemungkinan perlu dinaikkan lagi dos ubat.

“Saya perlu makan satu lagi kategori ubat yang menjadikan kos ubatan berganda kepada RM20,000 sebulan,” katanya yang perlu mengehadkan pengambilan air kepada 1.1 liter sehari.

Beliau berkata, pada awalnya beliau kurang bersetuju Ayul menghabiskan kebanyakan masa lapang untuk bermain permainan video.

“Dulu tiada bilik khas untuk penstriman, bayangkan di situ bilik tidur, di situ jugalah dia main ‘game’. Kita balik kerja nak rehat.

“Tapi sejak tahun lepas bila dapat tahu saya ada penyakit ini, Ayul beritahu bidang itu boleh mendatangkan duit.

“Mula-mula saya tak percaya, tapi bila dia tunjuk kontrak sebagai ‘streamer’ Facebook dan bayaran yang diterima, saya mula sokong kerjaya beliau dengan menyusun jadual permainannya supaya waktu bermain ‘game’ lebih tersusun.”

Ayul melakukan penstriman langsung sejak 2017 dan sebagai rakan kongsi Facebook Gaming sejak tahun lalu, Ayul perlu mencapai sasaran sekurang-kurangnya 80 jam sebulan yang ditetapkan pengendali laman sosial itu.

“Sehari saya akan habiskan sehingga 8 jam dan dipecahkan kepada 3 sesi, iaitu tengah hari, petang dan malam.

Ayul Rahman bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang dan berharap rakyat menyokongnya menerusi platform Aylrhmn Gaming di Facebook Gaming.

“Ketika sesi penstriman, saya akan duduk di dalam bilik tanpa ada gangguan sesiapa, kecuali isteri hantar minuman atau makanan,” katanya yang menghabiskan kira-kira RM7,000 untuk membeli peralatan permainan video dan penstriman.

“Ketika penstriman langsung, ramai juga yang komen kata ada bakat jadi pengulas sukan, namun rezeki saya mungkin di sini, untuk hiburkan penyokong saya di alam maya. Pada masa sama, saya dapat jaga isteri tercinta di depan mata.”

Pasangan itu berkata, doktor pakar menyarankan Quya menjalani pemindahan jantung dan paru-paru supaya beliau tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada ubat.

“Penyakit ini memerlukan dia bergantung kepada ubat sehingga akhir hayatnya. Tapi, bila dengar kosnya RM150,000, kami terdiam seketika sebab kewangan kami sangat terhad, perlu beli ubat pada masa sama.”

Ayul bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang.

“Tak pernah niat nak lebih daripada ini, tapi setiap hari saya berdoa supaya apa yang saya ada sekarang Allah kekalkan.

“Kalau ada yang berniat nak membantu, saya harapkan sokongan anda untuk terus menyokong Aylrhmn Gaming di Facebook. Itu sudah cukup besar bagi saya,” katanya yang mempunyai hampir 40,000 pengikut sekarang.

  • Sumber https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/16/jurugambar-jadi-streamer-demi-biaya-kos-perubatan-isteri-rm10000-sebulan/
[bdp_post_gridbox]

Siapa AYULRHMN GAMING?

Jurugambar jadi ‘streamer’ demi biaya kos perubatan isteri RM10,000 sebulan
Mohd Nazzrul Rahman Myrlizam memperuntukkan lebih 80 jam sebulan di depan komputer demi Nurul Naquiah Saiful Anuar yang menghidap penyakit jarang ditemui ‘Pulmonary Hypertension’.

This entry was posted in . Bookmark the permalink.